Pengertian Debit Dan Kredit

Debit Dan Kredit Nota Ringkas Debit & Kredit (Click Here) https://youtu.be/zjydssd-OR8 Debit & Kredit merujuk kepada keduduk...

Tuesday, January 26, 2021

Jurnal Am Sebagai Rekod Catatan Pertama

 

Jurnal Am Sebagai Rekod Catatan Pertama

Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera

Pada kali ini, mari lihat kepada penggunaan jurnal am sebagai rekod pertama perniagaan,

samaada jenis milik perseorangan mahupun sendirian berhad.

Seperti yang diketahui ramai, jurnal am digunakan untuk merekod transaksi bukan tunai atau

non-cash transaction. Walaupun begitu, kita masih boleh menggunakannya untuk rekod 

catatan pertama.


Contoh :

Syarikat milik perseorangan, Samad Enterprise, didaftarkan dan mula berniaga pada 

1hb Jan 2021. En Samad telah membawa masuk modal syarikat seperti berikut :

1. Tunai RM 2,000.00

2. Motorsikal RM 10,000.00

3. Alatan Pejabat RM 500.00

4. Pemiutang Alatan Pejabat RM 500.00

5. Pemiutang Motorsikal RM 5,000.00

Sediakan catatan jurnal pertama untuk semua aset dan liabiliti tersebut


Oleh yang demikian, catatan pertama kita adalah seperti berikut :

DR . Tunai - RM 2,000.00

DR. Motorsikal - RM 10,000.00

DR. Alatan Pejabat - RM 500.00

            CR. Pemiutang Alatan Pejabat - RM 500.00

            CR. Pemiutang Motorsikal  - RM 5,000.00

            CR. Modal - RM 7,000.00

(Aset, liabiliti dan ekuiti yang dibawa masuk oleh pemilik)






No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.