Pengertian Debit Dan Kredit 2025
Debit Dan Kredit Nota Ringkas Debit & Kredit (Click Here) https://youtu.be/zjydssd-OR8 Debit & Kredit merujuk kepada keduduk...
Thursday, June 27, 2019
Keperluan Menyediakan Minimum 3 Sebutharga untuk Pembelian
Keperluan Menyediakan Minimum 3 Sebutharga untuk Pembelian
Bagi yang baru mengenali berjinak-jinak dengan perniagaan, pembelian barang jualan dan juga perkhidmatan perlulah dilakukan dengan berhati-hati. Pada kebiasaannya syarikat akan menimbangkan beberapa faktor sebelum mengeluarkan Purchase Order (P.O.).
Antara faktor-faktor yang dipertimbangkan adalah
1. Kesesuaian
Barang yang dipilih perlulah sesuai dengan keperluan.
Contoh : Membeli komputer riba yang bersesuaian dengan kadar keperluan pekerja. Memilih komputer yang bersaiz kecil memudahkan pembawaan kemana-mana.
2. Kualiti
Memastikan barang yang digunakan adalah bermutu.
3. Harga
Pastikan harga yang kompetetif dan sesuai dengan harga target.
4. Kuantiti
Pastikan jumlah yang hendak dibeli mampu dibekalkan dan adakah membeli lebih banyak akan membantu mendapat lebih diskaun?
5. Tempoh kredit
Memastikan tempoh kredit bersesuaian, untuk memastikan barang dan perkhidmatan tiba pada waktu yang sesuai.
6. Kebolehpercayaan
Cuba pastikan agar pembekal adalah pembekal yang konsisten.
Barang-barang yang akan dibeli, perlulah dibandingkan dengan beberapa pembekal. Ini untuk meningkatkan keupayaan syarikat untuk mendapatkan penawaran yang lebik baik.
Umum diketahui, terdapat syarikat-syarikat besar yang membuat ranking bagi memudahkan pemilihan pembekal. Gred markah diberi untuk setiap faktor-faktor yang disebut diatas.
Akhirnya, mereka akan mengeluarkan senarai pembekal mengikut ranking dan ini memudahkan urusan memilih pembekal.
Untuk barang-barang yang harganya stabil, tidak perlu diselalu untuk meminta sebutharga dari pembekal, namun jika harga sering berubah, digalakkan untuk meminta sebutharga.
Harga memang berbeza kerana ada yang diimport dan ada juga yang dikeluarkan oleh pengeluar tempatan.
Sekian, terima kasih.
Saturday, April 6, 2019
Jadual Caruman EPF 2020 (Mengikut Tangga Gaji) - TERKINI/UPDATED****
Jadual Caruman EPF 2020 (Mengikut Tangga Gaji)
Sumber & Kredit : KWSP
Jadual Caruman 2020 PDF KWSP
Kiraan kwsp mestilah mengikut tangga gaji sepertimana yang disediakan oleh pihak kwsp.
Contoh jadual:
Oleh yang demikian, sebaiknya printkan satu set jadual ini dan letakkan didalam file yang sesuai untuk dirujuk.
Sunday, March 17, 2019
Definisi Perakaunan
Definisi Perakaunan
English :It is a systematic process of identifying, recording, measuring, classifying, verifying, summarizing, interpreting and communicating financial information.
Bahasa Melayu :
Proses sistematik iaitu mengenalpasti, merekod, mengukur, mengklasifikasi, mengesahkan, meringkaskan, mentafsir dan menyampaikan maklumat kewangan.
Kenalpasti
Mengenal pasti sumber dokumen (source document) yang menjadi asas maklumat yang perlu direkod. Terdapat banyak maklumat tetapi hanya maklumat yang berkaitan dengan syarikatlah yang menjadi tumpuan.
Merekod
Maklumat yang dikenalpasti, perlu disusun dan direkod menggunakan asas dan teknik perakaunan yang betul seperti. Contohnhya jualan kredit direkod kedalam penghutang perniagaan dan belian tunai direkod terus kedalam buku tunai.
Mengukur
Ukuran dibuat berdasarkan nilai asas seperti didalam Ringgit dan ukuran ini perlulah konsisten.
Mengklasifikasi
Maklumat kemudiannya diletakkan dalam kumpulan-kumpulan akaun yang sesuai, iaitu antara aset, liabiliti, hasil ataupun belanja. Maklumat disusun bersesuaian dengan keperluan laporan kewangan syarikat.
Mengesahkan
Pastikan rekod anda betul dan anda mempunyai sumber dokumen yang sah dan juga maklumat yang direkod disemak sebaiknya.
Menringkaskan
Menyediakan laporan kewangan dalam bentuk jumlah iaitu penyata untung atau rugi, kunci kira-kira dan sebagainya.
Mentafsir
Membuat analisis daripada maklumat yang anda telah sediakan. Contohnya membuat kiraan dengan formula kewangan seperti nisbah untung kasar, nisbah untung bersih, nisbah aset semasa dan lain-lain.
Menyampaikan maklumat kewangan
Akhirnya, maklumat ini diserahkan kepada pengguna-pengguna laporan kewangan bersama dengan analisis yang telah disediakan. Maklumat kewangan adalah penting dalam membuat keputusan seperti pelaburan, pembiayaan dan juga pelunasan.
Kitaran perakaunan ini akan berterusan sepanjang masa. Oleh yang demikian, seseorang yang menyediakan laporan perlulah bertauliah untuk memastikan mutu dan kualiti laporan yang akan disediakan dan digunakan.
Sekian.
Monday, March 11, 2019
Trade Payables (Pemiutang Dagangan) VS Other Payables (Pemiutang Lain-Lain)
Trade Payables (Pemiutang Dagangan)
VS
Other Payables (Pemiutang Lain-Lain)
Kedua-dua jenis pemiutang ini selalunya diasingkan jika boleh. Terutamanya jika sistem perakaunan yang digunakan mampu untuk menampung keperluan pengguna dengan membuat 2 jenis akaun kawalan pemiutang.
Akan tetapi, namun begitu terdapat juga sistem yang hanya mempunyai satu akaun kawalan pemiutang iaitu pemiutang dagangan sahaja.
Oleh demikian, pengguna sistem terpaksa membuat pilihan antara mencampurkan kedua-duanya dibawah satu akaun kawalan, atau membuat rekod untuk pemiutang lain-lain dengan menggunakan catatan journal am.
Untuk menerangkan perbezaan antara kedua jenis pemiutang ini, kita akan mengambil contoh kedai runcit.
Pemiutang Dagangan
1. Pembekal untuk makanan.
2. Pembekal minuman
3. Pembekal bahan pencuci.
4. Pembekal alat-alat tulis.
Pemiutang lain-lain
1. Tenaga Nasional Berhad
2. Telekom Malaysia
3. Pemilik Kedai
4. Auditor, Ejen cukai dan Setiausaha syarikat.
Sementara itu, kemungkinan juga terdapat pemiutang yang serentak menjadi pemiutang dagangan dan lain-lain pada masa yang sama. Jika ini berlaku, tidak perlu membuat pecahan cukuplah sekadar memilih salah satu kumpulan diatas yang lebih dominant.
Ingat, jika anda mencampurkan kedua-dua pemiutang ini didalam satu kumpulan pemiutang, auditor anda perlu mengeluarkan pemiutang tersebut untuk direkodkan dengan betul. Ini bermakna anda perlu membetulkan juga rekod anda dan mungkin akan mengambil sedikit masa.
Sekian.
Wednesday, February 20, 2019
Penentuan Tarikh Annual General Meeting, Menyediakan Penyata Kewangan dan Annual Return
Penentuan Tarikh Annual General Meeting (AGM), Menyediakan Penyata Kewangan dan Annual Return (AR)
Tarikh AGM pertama mestilah dalam tempoh 18 bulan selepas tarikh perbadanan syarikat (Incorporated Date)
Contoh :
Tarikh Perbadanan : 15 January 2019, AGM mestilah berlaku sebelum atau pada 15 June 2020.
Oleh yang demikian, penyata kewangan bagi tempoh berakhir 31 Disember 2019 mestilah disiapkan dan dibentangkan dalam tempoh 6 bulan di AGM setelah akaun ditutup.
Akhir sekali, Annual return perlu disediakan dalam tempoh sebulan setelah tarikh AGM.
Harap maklum.
Sekian
Thursday, February 14, 2019
Kaedah Jimatkan kos operasi Syarikat
Kaedah Jimatkan kos operasi Syarikat
1. Tutup lampu bagi kawasan yang tidak digunakan.
2. Tutup penyaman udara (aircond) atau tetapkan suhu aircond pada 24 atau 26 darjah celcius.
3. Matikan komputer jika keluar untuk tempoh lama.
4. Jika ada peti sejuk, pastikan tiada barangan yang tidak lagi dimakan.
5. Melakukan servis berkala untuk semua peralatan jentera termasuk aircond di pejabat untuk memastikan jentera dalam keadaan baik.
6. Elakkan staf dari melakukan kerja lebih masa dimana akan menyebabkan anda perlu mengeluarkan lebih wang untuk elektrik dan yang seumpamanya.
7. Gunakan lampu watt rendah dan pastikan lampu anda cerah dan tidak panas.
8. Guna semula kertas terpakai.
9. Sediakan lebih hiburan dalam pejabat berbanding di luar pejabat.
10. Menyediakan transport untuk staff yang menaiki pengangkutan awam seperti LRT.
11. Multi-tasking.
12. Kurangkan waktu bekerja dipejabat.
13. Work from Home.
14. Jangan terlampau kedekut.
Sekian
Friday, January 25, 2019
Pentingnya Mengasingkan antara belian barangan stok dan juga belian barangan bukan stok.
Pentingnya Mengasingkan antara belian barangan stok dan juga belian barangan bukan stok.
Assalamualaikum & bertemu lagi kita dalam ruangan blog.
Kali ini saya ingin menjelaskan pentingnya mengasingkan stok perniagaan dan juga barangan lain.
Pergi ke kedai mahupun hypermarket, kita selalu membuat pembelian. Kadangkala untuk menjimatkan masa kita membeli dari satu kedai atau tempat sahaja.
Contohnya bagi Peniaga Restoran, pekerja restoran tersebut membeli bahan mentah untuk kegunaan masakan di restoran dan pada masa yang sama membeli alat-alat tulis, ubat-ubat dan lain-lain barangan bukan untuk kegunaan masakan.
Oleh yang demikian, didalam satu resit akan terdapat campuran barangan. Apabila akauntan membuat rekod didalam sistem, perlulah dia memisahkan atau mengasingkan bil-bil tersebut.
Sesetengah sistem perakaunan yang mempunya modul stok, tidak boleh direkod bersama barangan yang tidak berstok. Contoh ayam dan sayuran yang dibeli mempunyai unit kuantiti dan harga seunit dan juga ada didalam senaraian stok.
Tetapi Alat tulis dan ubat-ubatan tidak perlu direkod didalam stok kerana bukan dikira sebagai COGS atau kos barangan jualan.
Jika belian ayam dan sayuran tidak direkod didalam modul stok, ini akan menyebabkan kiraan stok menjadi silap dan akhirnya kiraan COGS akan menjadi tidak tepat.
Bagi mereka yang mempunyai pengalaman menggunakan modul stok, mereka akan dapat fahami mengapa pentingnya ia diasingkan.
Namun begitu, jika sesebuah syarikat tidak mempunyai modul stok, dan hanya merekod stok bedasarkan jumlah nilai stok yang dibeli, maka mereka tidak mempunya masalah jika tidak mengasingkan stok mereka. Namun begitu, kelemahan bagi yang tidak mempunya modul stok adalah kiraan COGS yang mungkin tidak tepat.
Harap anda dapat mencuba dan berkongsi pendapat anda.
Sekian, sahaja
Terima Kasih
Subscribe to:
Comments (Atom)
-
Debit Dan Kredit Nota Ringkas Debit & Kredit (Click Here) https://youtu.be/zjydssd-OR8 Debit & Kredit merujuk kepada keduduk...
-
Jadual Caruman KWSP/EPF Mulai 1 Julai 2022 ***terkini*** Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera Perhatian pada majikan dan pekerja, KWS...
-
Jadual Caruman EPF 2020 (Mengikut Tangga Gaji) Sumber & Kredit : KWSP Jadual Caruman 2020 PDF KWSP Kiraan kwsp mestilah mengikut ...


