ASNB 2023 - Masihkah Berbaloi?
Debit Dan Kredit Nota Ringkas Debit & Kredit (Click Here) https://youtu.be/zjydssd-OR8 Debit & Kredit merujuk kepada keduduk...
ASNB 2023 - Masihkah Berbaloi?
Konsep Perakaunan No. 1 - Berhemah (Prudence Concept)
https://youtu.be/UI3k0wk6FxM
Konsep yang kita nak bincangkan ialah konsep
berhemah, atau juga dikenali sebagai konsep
bersederhana.
Konsep Berhemah ini asasnya mencadangkan
agar kita sentiasa berhati-hati dalam penyediaan
penyata kewangan.
Apa yang kita mahu elakkan ialah daripada terlebih
merekod nilai aset-aset dan pendapatan, manakala
terkurang apabila merekod liabiliti dan belanja.
Contoh-contoh
1. Tidak menggunakan peruntukkan belanja yang
dibenarkan seperti peruntukkan susut nilai dan hutang
ragu.
2. Merekod penerimaan kontrak bukan dalam tempoh
perakaunan.
3. Tidak merekod belanja yang perlu dilunaskan.
4. Tidak merekod bagi cukai-cukai yang kurang
lapor.
Kesan daripadanya, untung akan kelihatan lebih.
Konsep berhemah membantu memberikan
keseimbangan dalam laporan penyata kewangan
yang lebih realistik.
Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera
Mari kita belajar bagaimana untuk merekod
pinjaman gaji oleh pekerja. Pada kebiasaannya
disebut sebagai "gaji advance".
Untuk merekod gaji pendahuluan ini, kita memerlukan
akaun-akaun berikut :
1. Akaun Tunai/Bank.
2. Akaun Gaji Pendahuluan
Contoh :
Pada 10 Januari 2022, Anwar menerima gaji pendahuluan
sebanyak RM 3,000.00.
Catatan Beregu:
Debit - Akaun Gaji Terdahulu RM 3,000.00
Kredit - Akaun Tunai/Bank RM 3,000.00
Untuk merekod penolakan gaji, kita memerlukan
akaun-akaun berikut :
1. Akaun Gaji Pendahuluan
2. Akaun Gaji Terakru
Catatan Beregu:
Debit - Akaun Gaji Terakru RM 500.00
Kredit - Akaun Gaji Terdahulu RM 500.00
Selamat Mencuba. 😀
Debit And Credit Definition
Assalamualaikum & Good Day
Let's look at the definition of debit and credit from an accounting perspective.
Debit is an accounting transaction on the debit side of accounts, which generally causes the following,
Credit, in contrast, is an accounting transaction on the credit side of accounts, which generally will cause,
Remember the following rules in an accounting entry.
Number 1, debit and credit will happen simultaneously in every accounting transaction.
Number 2, the total of debits and credits must be the same.
Below is a sample of a journal entry;
Jadual Caruman Perkeso Dan SIP (Skim Insurans Pekerja)
Bermula 1 September 2022, PERKESO akan menguat
kuasakan had siling gaji baharu bagi maksud caruman
daripada RM4,000 kepada RM5,000 sebulan. Amaun
caruman yang terpakai bagi pekerja yang bergaji
melebihi RM4,000 sebulan adalah seperti mana yang
dinyatakan dalam Jadual Ketiga, Akta 4 dan
Jadual Kedua, Akta 800. Bagi pekerja yang bergaji
melebihi RM5,000 sebulan, amaun caruman adalah
mengikut had siling RM5,000.
Oleh itu, bayaran caruman bagi bulan September 2022
dan seterusnya hendaklah dibuat oleh majikan mengikut
pindaan had siling gaji baharu.
Jadual Caruman Pekerja
https://www.perkeso.gov.my/images/dokumen/Kadar_Caruman_AKTA_4.pdf
Jadual Caruman Untuk SIP
https://www.perkeso.gov.my/images/dokumen/Kadar_Caruman_AKTA_800.pdf
Sumber : PERKESO
Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera Semua
Saya ingin berkongsi keadah merekod cukai pegangan
atau witholding tax di Malaysia.
Pengertian Cukai Pegangan
"Akta Cukai Pendapatan, 1967 memperuntukkan bahawa
apabila seseorang (merujuk sebagai "pembayar") layak
membuat bayaran berjenis seperti disenaraikan
di bawah ini (kecuali bayaran kepada seniman kembara
tidak bermastautin) kepada seorang tidak bermastautin
(penerima Tidak Bermastautin), beliau hendaklah memotong
cukai pegangan dengan kadar tertentu daripada bayaran
itu dan (sama ada atau tiada cukai dipotong ) membayar
cukai itu kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri dalam
tempoh satu bulan selepas bayaran itu dibayar atau dikreditkan
kepada penerima Tidak Bermastautin."
Jadual Kadar Cukai Pegangan (Sumber LHDN)
Jadual Caruman KWSP/EPF Mulai 1 Julai 2022 ***terkini***
Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera
Perhatian pada majikan dan pekerja, KWSP telah mengeluarkan
jadual caruman terbaru untuk gaji dan upah mula bulan Julai 2022.
Untuk muat turun, tekan di link bawah :
https://www.kwsp.gov.my/documents/20126/140690/Jadual+Ketiga+BM.pdf
Sumber :
Laman KWSP