Pengertian Debit Dan Kredit 2025

Debit Dan Kredit Nota Ringkas Debit & Kredit (Click Here) https://youtu.be/zjydssd-OR8 Debit & Kredit merujuk kepada keduduk...

Sunday, January 1, 2023

ASNB 2023 - Masihkah Berbaloi?

 

ASNB 2023 - Masihkah Berbaloi?

Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera

Dividen ASB untuk 2022 telah pun diumumkan

"Bagi tahun kewangan 2022, kadar dividen ASB 
adalah sebanyak 3.35 sen dan bonus 1.25 sen, 
berjumlah 4.60 sen seunit selain terdapat bonus 
tambahan sebanyak 0.50 sen seunit untuk 30,000 
unit pertama yang dipegang oleh setiap 
pemegang unit"

Adakah ia masih lagi memberikan anda
pulangan yang anda mahukan?

Langkah Pertama :

Jadi, jika anda membuat pinjaman RM 30,000 
untuk ASB, anda akan menerima RM 1,530.00

Secara Purata, dividen bulanan anda ialah
RM 1,530.00 bahagi 12 bulan = RM 127.50.

Langkah Kedua :

Semak jadual pinjaman ASB (contoh dari MBB)


Langkah Ketiga :

Cuba cari bayaran bulanan paling hampir
dengan bayaran ansuran pinjaman.


Buatlah keputusan dengan bijak.

Sekian, terima kasih.


Disclaimer : Ini hanyalah untuk kiraan semata-mata,
risiko adalah dibawah tanggungjawab anda sendiri.









Thursday, December 1, 2022

Konsep Perakaunan No. 1 - Berhemah (Prudence Concept)

 

Konsep Perakaunan No. 1 - Berhemah (Prudence Concept)

https://youtu.be/UI3k0wk6FxM



Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera

Konsep yang kita nak bincangkan ialah konsep

berhemah, atau juga dikenali sebagai konsep

bersederhana.


Konsep Berhemah ini asasnya mencadangkan

agar kita sentiasa berhati-hati dalam penyediaan

penyata kewangan.


Apa yang kita mahu elakkan ialah daripada terlebih

merekod nilai aset-aset dan pendapatan, manakala

terkurang apabila merekod liabiliti dan belanja.


Contoh-contoh

1. Tidak menggunakan peruntukkan belanja yang

dibenarkan seperti peruntukkan susut nilai dan hutang

ragu.


2. Merekod penerimaan kontrak bukan dalam tempoh

perakaunan.


3. Tidak merekod belanja yang perlu dilunaskan.


4. Tidak merekod bagi cukai-cukai yang kurang 

lapor.


Kesan daripadanya, untung akan kelihatan lebih.

Konsep berhemah membantu memberikan

keseimbangan dalam laporan penyata kewangan

yang lebih realistik.


Sekian, terima kasih.


Tuesday, November 1, 2022

Merekod Gaji Pendahuluan (Advance Salary)

 Merekod Gaji Pendahuluan (Advance Salary)

Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera

Mari kita belajar bagaimana untuk merekod

pinjaman gaji oleh pekerja. Pada kebiasaannya 

disebut sebagai "gaji advance".


Untuk merekod gaji pendahuluan ini, kita memerlukan

akaun-akaun berikut :

1. Akaun Tunai/Bank.

2. Akaun Gaji Pendahuluan


Contoh :

Pada 10 Januari 2022, Anwar menerima gaji pendahuluan 

sebanyak RM 3,000.00.


Catatan Beregu:

Debit - Akaun Gaji Terdahulu             RM 3,000.00

        Kredit - Akaun Tunai/Bank               RM 3,000.00








Untuk merekod penolakan gaji, kita memerlukan

akaun-akaun berikut :

1. Akaun Gaji Pendahuluan

2. Akaun Gaji Terakru


Catatan Beregu:

Debit - Akaun Gaji Terakru            RM 500.00

        Kredit - Akaun Gaji Terdahulu               RM 500.00







Selamat Mencuba. 😀

Sunday, September 11, 2022

The Definition of Debit and Credit

 Debit And Credit Definition

Assalamualaikum & Good Day


Let's look at the definition of debit and credit from an accounting perspective.


Debit is an accounting transaction on the debit side of accounts, which generally causes the following,

  1. Increase in value of an assets
  2. Reduce the value of a liabilities
  3. Increase in expenses.
  4. Decrease in income.
  5. Decrease in capital.


Credit, in contrast, is an accounting transaction on the credit side of accounts, which generally will cause,

  1. Increase in value of liabilities.
  2. Reduce the value of an asset.
  3. Increase in income.
  4. Decrease in expenses.
  5. Increase in capital.












Remember the following rules in an accounting entry. 


Number 1, debit and credit will happen simultaneously in every accounting transaction.


Number 2, the total of debits and credits must be the same.


Below is a sample of a journal entry;




Hopefully, this simple explanation helps.

Thanks.!!✌💗 All the best.







Friday, September 9, 2022

Jadual Caruman Perkeso Dan SIP (Skim Insurans Pekerja) ****BERMULA 1 SEPTEMBER 2022****

 Jadual Caruman Perkeso Dan SIP (Skim Insurans Pekerja)


Makluman Kemas Kini Amaun Caruman 

bagi Akta 4 dan Akta 800 Selaras Dengan 

Peningkatan Had Siling Gaji

Bermula 1 September 2022, PERKESO akan menguat 

kuasakan had siling gaji baharu bagi maksud caruman 

daripada RM4,000 kepada RM5,000 sebulan. Amaun 

caruman yang terpakai bagi pekerja yang bergaji 

melebihi RM4,000 sebulan adalah seperti mana yang 

dinyatakan dalam Jadual Ketiga, Akta 4 dan 

Jadual Kedua, Akta 800. Bagi pekerja yang bergaji 

melebihi RM5,000 sebulan, amaun caruman adalah 

mengikut had siling RM5,000. 


Oleh itu, bayaran caruman bagi bulan September 2022 

dan seterusnya hendaklah dibuat oleh majikan mengikut 

pindaan had siling gaji baharu.



Jadual Caruman Pekerja


https://www.perkeso.gov.my/images/dokumen/Kadar_Caruman_AKTA_4.pdf



Jadual Caruman Untuk SIP


https://www.perkeso.gov.my/images/dokumen/Kadar_Caruman_AKTA_800.pdf


Sumber : PERKESO


Wednesday, September 7, 2022

Cara Merekod Cukai Pegangan (Witholding Tax)

 Cara Merekod Cukai Pegangan (Witholding Tax)

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera Semua


Saya ingin berkongsi keadah merekod cukai pegangan

atau witholding tax di Malaysia.


Pengertian Cukai Pegangan

"Akta Cukai Pendapatan, 1967 memperuntukkan bahawa 

apabila seseorang (merujuk sebagai "pembayar") layak 

membuat bayaran berjenis seperti disenaraikan 

di bawah ini (kecuali bayaran kepada seniman kembara 

tidak bermastautin) kepada seorang tidak bermastautin 

(penerima Tidak Bermastautin), beliau hendaklah memotong 

cukai pegangan dengan kadar tertentu daripada bayaran 

itu dan (sama ada atau tiada cukai dipotong ) membayar 

cukai itu kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri dalam 

tempoh satu bulan selepas bayaran itu dibayar atau dikreditkan 

kepada penerima Tidak Bermastautin."


Jadual Kadar Cukai Pegangan (Sumber LHDN)





Bagaimana untuk merekod Cukai Pegangan

Contoh :

Jumlah jualan yang berjumlah RM 200,000.00 perlu

dibayar royalti kepada sebuah pemilik francais diluar negara.


a) Kadar royalti ialah 5% daripada nilai jualan yang dibuat.

Jumlah royalti yang perlu dibayar ialah RM 10,000.00


b) Manakala Cukai Pegangan pada royalti yang akan dibayar

ialah 10% (RM 10,000.00 x 10% = RM 1,000.00)


c) Catatan Jurnal yang dicadangkan ialah;

Debit - Akaun Royalti - RM 10,000.00 (jumlah royalti yang dibayar)

Kredit - Akaun Akruan Royalti - RM 9,000.00 (dibayar pada pemengang hak milik)

Kredit - Akaun Akruan Cukai Pegangan - RM 1,000.00 (dibayar pada LHDN)


Harap dapat membantu.

Sekian, terima kasih.

Semoga Berjaya!!



Thursday, July 28, 2022

Jadual Caruman KWSP/EPF Mulai 1 Julai 2022 ***terkini***

 

Jadual Caruman KWSP/EPF Mulai 1 Julai 2022 ***terkini***

Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera

Perhatian pada majikan dan pekerja, KWSP telah mengeluarkan 

jadual caruman terbaru untuk gaji dan upah mula bulan Julai 2022.


Untuk muat turun, tekan di link bawah :

https://www.kwsp.gov.my/documents/20126/140690/Jadual+Ketiga+BM.pdf


Sumber :

Laman KWSP