|
Debit Dan Kredit Nota Ringkas Debit & Kredit (Click Here) https://youtu.be/zjydssd-OR8 Debit & Kredit merujuk kepada keduduk...
|
Pengecualian Audit untuk syarikat Sdn Bhd - Unaudited Financial Statement (UFS)
Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera
Tahukah anda bahawa, anda boleh dikecualikan daripada menyediakan
laporan audit penyata kewangan anda. Pengecualian ini dipecahkan kepada
beberapa kategori,
***Tapi perlu ingat, pengecualian audit bukanlah bermaksud
anda tidak perlu menyediakan akaun & laporan kewangan syarikat.
Jika anda termasuk dalam mana-mana kategori dibawah, anda boleh memilih untuk
hanya menyediakan penyata kewangan tidak beraudit (UFS).
1. Pertama - Dormant companies
a. Syarikat tersebut tidak aktif semenjak ditubuhkan
b. Syarikat tersebut tidak aktif pada tahun semasa, tidak menjalankan perniagaan
atau tidak melakukan apa-apa transaksi perakaunan.
2. Kedua- Threshold-qualified companies
a. Tidak mempunyai hasil pada tahun semasa.
b. Tidak mempunyai hasil untuk dua (2) tahun yang lepas.
c. Penyata kunci kira-kira tidak melebihi RM 300,000 pada tahun semasa dan
dua (2) tahun yang lepas.
Ketiga - Zero Revenue companies
a. Hasil atau pendapatan tidak melebihi RM 100,000 untuk tahun semasa,
dan dua (2) tahun berturutan yang lepas.
b. Jumlah aset tidak melebihi RM 300,000 untuk tahun semasa,
dan dua (2) tahun berturutan yang lepas.
c. Tidak mempunyai lebih dari 5 orang pekerja untuk tahun semasa,
dan dua (2) tahun berturutan yang lepas.
Harap Maklum
Merekod Pendapatan Daripada Deposit Tetap (Fixed Deposit Income)
Assalamualaikum WBT & Selamat Sejahtera
Anda mungkin menyimpan wang didalam deposit tetap di bank.
Jadi, bagaimanakah untuk merekod wang faedah daripada simpanan
tetap tersebut?
Contoh
ABCD Sdn Bhd telah membuat simpanan tetap jangka panjang berjumlah
RM 1,000,000.00. Kadar faedah atas simpanan tetap selama setahun adalah 4.00 %.
ABCD telah membuat simpanan tetap selama setahun.
Langkah 1
Tentukan jumlah pendapatan faedah untuk setahun, RM 1,000,000 X 4.00%
= RM 40,000.00
Langkah 2
Buatkan catatan jurnal untuk merekod hasil RM 40,000.00 tersebut
DEBIT - Akaun Faedah Deposit Tetap Terakru (Kunci Kira-kira)
KREDIT - Akaun Hasil Faedah Deposit Tetap (Untung Rugi)
Jika anda perlu untuk membuat catatan bulanan, anda boleh bahagikan
jumlah RM 40,000 kepada 12 bulan.
Merekod Bayaran Belanja Syarikat Oleh Pengarah
Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera
Pada kali ini, ingin saya berkongsi bagaimanakah untuk kita
merekod perbelanjaan syarikat yang dibayar terus oleh pengarah.
Ini termasuklah penggunaan tunai, kad debit atau kredit dan,
apa-apa jua bentuk bayaran lain.
Kadang-kala, untuk mempercepatkan urusan, pengarah sendiri
akan menggunakan wang sendiri untuk membayar. Akan tetapi,
tidak semua sistem perakaunan mempunyai pilihan medium
pembayaran daripada pengarah. Umumnya, sistem perakaunan
hanya boleh memilih bayaran sama ada dari tunai ataupun bank.
Oleh yang demikian, untuk merekod belanja ini, kadangkala
akauntan akan menggunakan catatan jurnal.
Namun begitu, cadangan untuk rekod yang lebih baik adalah
seperti berikut.
Langkah 1
Rekodkan jumlah yang dibayar oleh pengarah sebagai wang masuk
kedalam akaun tunai syarikat.
DEBIT - Akaun Tunai/Bank (Kunci Kira-Kira)
KREDIT - Akaun Pemiutang - Pengarah (Kunci Kira-Kira)
Langkah 2
Daripada jumlah yang diterima itu, rekodkan belanja wang secara
biasa yang anda lakukan.
Langkah 3
Pastikan jumlah debit dan kredit adalah sama. Dan tiada baki daripada
perbezaan antara duit masuk dan keluar tersebut.
Selamat mencuba, Sekian.
Hutang Lapuk Terpulih (Bad Debt Recovered)
Assalamualaikum WBT & Selamat Sejahtera
Ini ialah sambungan daripada topik Hutang Lapuk.
Apabila anda telah membuat catatan hutang lapuk. Akan tetapi, anda berjaya
mendapatkan kembali hutang anda daripada pelanggan. Maka, anda perlu
merekod hutang tersebut sebagai hutang lapuk terpulih.
Contoh
Ali menerima bayaran hutang sebanyak RM 10,000.00 daripada penghutang lapuk.
Maka catatan bergu yang perlu dilakukan adalah seperti berikut;
DEBIT - Akaun Tunai/Bank (Kunci Kira-kira)
KREDIT - Akaun Hutang Lapuk Terpulih (Untung/Rugi)
Selamat mencuba, Sekian.
Hutang Lapuk (Bad Debt)
Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera
Hutang lapuk ialah hutang yang tidak lagi dapat dikutip setelah
beberapa tempoh yang telah dikenalpasti.
Contoh Hutang Lapuk
Syarikat ABC tidak dapat mengutip hutang daripada
Syarikat XYZ berjumlah RM 5,000.00.
Oleh itu catatan bergu yang disyorkan adalah :
DEBIT - Akaun Hutang Lapuk (Untung Rugi) RM 5,000
KREDIT - Akaun Penghutang Perniagaan (Kunci Kira-Kira) RM 5,000
(hutang dilupuskan sebagai hutang lapuk).
Antara punca-punca hutang lapuk terjadi apanbila, syarikat
atau orang perseorangan tersebut ;
1. telah muflis, atau
2. Meninggal dunia.
3. Gagal untuk dihubungi.
4. Konflik antara pembekal dan pembeli.
Hutang yang terdapat dalam rekod syarikat perlulah
diselaraskan dengan memansuhkan hutang-hutang
yang sudah pasti tidak dapat dikutip. Ini dapat membantu
memberikan kedudukan sebenar kewangan syarikat.
Apabila membuat hutang lapuk, sebaiknya pihak kewangan
atau akauntan menyediakan kertas kerja untuk mendapat
kelulusan daripada pihak pengurusan untuk memansuhkan
hutang dari buku syarikat. Ini bagi memastikan tiada masalah
yang akan timbul di masa akan datang.
Harap dapat mencuba, Sekian,
Tidak Menerima Nota Debit atau Kredit, apa yang harus anda lakukan?
Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera
Bila anda menyedari bahawa invoice yang anda terima daripada
pembekal tidak betul, anda mungkin akan memaklumkan pada
pembekal kesalahan yang berlaku didalam invoice.
Kemudian anda menunggu pula pembekal menghantar kembali
invoice baru, atau memberikan anda samaada nota debit
atau nota kredit.
Namun sebenarnya, anda tidak perlu menunggu mereka untuk
membuat pembetulan. Anda sendiri boleh mengeluarkan nota debit
atau kredit dan berikan nota-nota tersebut kepada pembekal anda.
Ini akan memudahkan dan lebih menjimatkan masa anda.
Jika kemudiannya, pembekal menghantar anda nota untuk pembetulan,
anda sudah tidak perlu untuk merekodkan nota tersebut.
Apa yang anda perlu lakukan ialah mengambil nota yang diberikan
oleh pembekal, dan kepilkan bersama-sama nota yang anda telah sediakan
terdahulu.
Sekian, selamat mencuba.