Merekod Bayaran Belanja Syarikat Oleh Pengarah
Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera
Pada kali ini, ingin saya berkongsi bagaimanakah untuk kita
merekod perbelanjaan syarikat yang dibayar terus oleh pengarah.
Ini termasuklah penggunaan tunai, kad debit atau kredit dan,
apa-apa jua bentuk bayaran lain.
Kadang-kala, untuk mempercepatkan urusan, pengarah sendiri
akan menggunakan wang sendiri untuk membayar. Akan tetapi,
tidak semua sistem perakaunan mempunyai pilihan medium
pembayaran daripada pengarah. Umumnya, sistem perakaunan
hanya boleh memilih bayaran sama ada dari tunai ataupun bank.
Oleh yang demikian, untuk merekod belanja ini, kadangkala
akauntan akan menggunakan catatan jurnal.
Namun begitu, cadangan untuk rekod yang lebih baik adalah
seperti berikut.
Langkah 1
Rekodkan jumlah yang dibayar oleh pengarah sebagai wang masuk
kedalam akaun tunai syarikat.
DEBIT - Akaun Tunai/Bank (Kunci Kira-Kira)
KREDIT - Akaun Pemiutang - Pengarah (Kunci Kira-Kira)
Langkah 2
Daripada jumlah yang diterima itu, rekodkan belanja wang secara
biasa yang anda lakukan.
Langkah 3
Pastikan jumlah debit dan kredit adalah sama. Dan tiada baki daripada
perbezaan antara duit masuk dan keluar tersebut.
Selamat mencuba, Sekian.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.