Merekod Hutang Lapuk (Bad Debt)
Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera
Hutang lapuk ialah hutang yang tidak lagi dapat dikutip setelah beberapa
tempoh yang telah dikenalpasti.
Antara punca-punca hutang lapuk terjadi apanbila, syarikat atau orang
perseorangan tersebut ;
1. telah muflis, atau
2. Meninggal dunia.
3. Gagal untuk dihubungi.
4. Konflik antara pembekal dan pembeli.
Hutang yang terdapat dalam rekod syarikat perlulah diselaraskan dengan
memansuhkan hutang-hutang yang sudah pasti tidak dapat dikutip.
Ini dapat membantu memberikan kedudukan sebenar kewangan syarikat.
Apabila membuat hutang lapuk, sebaiknya pihak kewangan atau akauntan menyediakan
kertas kerja untuk mendapat kelulusan daripada pihak pengurusan untuk memansuhkan
hutang dari buku syarikat. Ini bagi memastikan tiada masalah yang akan timbul di masa
akan datang.
Hutang lapuk perlu direkod dengan catatan berikut :
DEBIT - Akaun Hutang Lapuk (Untung Rugi)
KREDIT - Akaun Penghutang Perniagaan (Kunci Kira-Kira)
Harap dapat mencuba, Sekian,
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.