Pengertian Debit Dan Kredit

Debit Dan Kredit Nota Ringkas Debit & Kredit (Click Here) https://youtu.be/zjydssd-OR8 Debit & Kredit merujuk kepada keduduk...

Sunday, August 9, 2020

Akaun Tergantung (Suspense Account)

 

Akaun Tergantung (Suspense Account)

Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera


Pada kali ini ingin saya membincangkan sedikit tentang akaun tergantung.

Akaun tergantung adalah salah satu dari topik pembetulan kesilapan.


Akaun tergantung diguna, apabila anda mengesan kesilapan yang tidak dapat dibetulkan didalam lejer akaun anda.

Contoh :

Baki didalam lejer Pemiutang Ahmad adalah RM 1,000.00

Akan tetapi, didalam rekod penyata akaun Ahmad (statement of accounts), baki hutang adalah 

RM 800.00.

Oleh yang demikian terdapat perbezaan hutang sebanyak RM 200.00. Jika beza ini tidak dapat dikenalpasti, maka pelarasan perlulah dibuat untuk membetulkan kesilapan tersebut.

Jadi, menggunakan akaun tergantung, kita akan

Debit Akaun Pemiutang - RM 200.00

dan Kredit Akaun Tergantung - RM 200.00

Kemudian, akaun tergantung ini akan dipindahkan kepada akaun untung rugi.

Nampak mudah, tetapi realitinya, jika akaun tergantung berbaki debit, maka ianya adalah akaun perbelanjaan.

Perlu diingatkan bahawa akaun tergantung tidak dapat ditolak dengan cukai kerana ianya bukan tergolong dalam perbelanjaan yang dibenarkan, (non-allowable expenses).

Kesannya ialah cukai yang perlu dibayar oleh syarikat akan meningkat.

Akaun tergantung pada masa ini amat jarang didapati dalam mana-mana rekod akaun syarikat.


KESILAPAN KETARA DALAM IMBANGAN DUGA (Trial Balance)
  •  jumlah debit dan kredit Imbangan Duga tidak seimbang atau tidak sama.
1)  Kesilapan Dalam Imbangan Duga
  • Baki sesuatu akaun disenaraikan di sebelah yang salah dalam Imbangan Duga. Contohnya, satu baki debit telah tercatat di sebelah kredit atau sebaliknya.
  •  Baki sesuatu akaun tidak dimasukkan dalam Imbangan Duga.
  • Imbangan Duga tersalah jumlah. Jumlah debit dikira dengan betul, manakala jumlah kredit dikira dengan salah atau sebaliknya.
2)  Kesilapan Ketinggalan Satu Catatan
  • Catatan bergu tidak lengkap. Terdapat ketinggalan catatan debit atau kredit bagi sesuatu urus niaga.
3)  Kesilapan Catatan nilai.
  • Catatan bergu tidak tepat. Amaun yang didebitkan tidak sama dengan amaun yang dikreditkan.
4)   Kesilapan Catatan di Sebelah yang sama
  • kedua-dua akaun yang terlibat dicatatkan disebelah yang sama.
5)  Kesilapan Pengiraan

     (i)  Kesilapan dalam Jurnal
  •  jumlah dalam jurnal tersilap kira dan dibukukan dalam lejar.
    (ii)  Kesilapan dalam Buku Tunai
  • Jumlah dan baki Buku Tunai tersilap kira dan akan memberi kesan pada Imbangan Duga.
    (iii) Kesilapan dalam Lejar 
  • Jumlah dan baki akaun-akaun dalam lejar tersilap kira dan ini akan memberi kesan pada Imbangan Duga.

B)  KESILAPAN TIDAK KETARA DALAM IMBANGAN DUGA
  • Walaupun Imbangan Duga seimbang, ini tidak bermakna semua catatan dalam akaun adalah betul kerana mungkin terdapat kesilapan yang tidak ditunjukkan oleh Imbangan Duga.
  • Ini bermaksud kesilapan itu tidak menjejaskan Imbangan Duga.
  • Jenis-jenis kesilapan tidak ketara adalah seperti berikut:

    1)  Kesilapan Ketinggalan Satu Urus Niaga

    • Urus niaga tidak direkodkan dalam mana-mana buku.
    2)  Kesilapan Prinsip
    • Urus niaga telah direkodkan mengikut peraturan catatan bergu tetapi catatan debit dan kredit dicatatkan ke dalam akaun yang salah.
    3)  Kesilapan Amaun
    • Kesilapan berlaku apabila amaun yang salah dicatatkan di kedua-dua belah debit dan kredit akaun. Biasanya kesilapan amaun telah direkodkan dalam Buku Catatan Pertama dan diposkan ke lejar.
    4)  Kesilapan Saling Mengimbangi
    • Berlaku apabila satu kesilapan di sebelah debit diimbangi oleh kesilapan yang sama amaunnya di sebelah kredit.
    • Contohnya, satu kesilapan telah menyebabkan jumlah debit terlebih RM50. Kemudian, satu lagi kesilapan yang lain menjadikan jumlah debit terkurang RM50 atau jumlah kredit terlebih RM50.
    5)  Kesilapan Songsan/Terbalik
    • Catatan direkodkan dalam akaun yang betul, tetapi peraturan bergu dicatatkan di sebelah yang salah.
    6)  Kesilapan Komisen
    • Biasanya berlaku dalam akaun penghutang dan pemiutang. 
    • Catatan dalam lejar direkod di sebelah yang betul tetapi dalam akaun yang salah.



    Sekian, Terima Kasih



    No comments:

    Post a Comment

    Note: Only a member of this blog may post a comment.