Pengertian Debit Dan Kredit

Debit Dan Kredit Nota Ringkas Debit & Kredit (Click Here) https://youtu.be/zjydssd-OR8 Debit & Kredit merujuk kepada keduduk...

Thursday, August 27, 2020

Merekod Pelepusan Aset Dalam Perakaunan

 Merekod Pelepusan Aset Dalam Perakaunan

Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera

Topik yang kita akan bincangkan ialah kaedah merekod pelupusan aset didalam akaun syarikat.

Pelupusan yang dimaksudkan ialah mengeluarkan aset yang dibeli sebelum ini, keluar daripada rekod akaun syarikat secara kekal.

Ini bermaksud sama ada, aset tersebut 

1. di jual pada apa-apa harga sekalipun

2. di buang

3. di musnahkan

4. atau dipindahkan ke entiti yang lain, 


kaedah pelupusan aset ini perlu digunakan.

Oleh yang demikian, nilai aset didalam register fixed asset akan menjadi sifar.

Catatan bergu yang dicadangkan adalah seperti berikut :


1. Pindahkan Nilai Kos Aset daripada Akaun Aset

DEBIT - Akaun Pelupusan Aset

KREDIT - Akaun Aset

2. Pindahkan Susut nilai terkumpul untuk aset tersebut

DEBIT - Peruntukkan Susut Nilai Terkumpul

KREDIT - Akaun Pelupusan Aset

3. Masukkan jumlah nilai harga jualan atau skrap aset tersebut

DEBIT - Tunai / Bank / Penghutang

KREDIT - Akaun Pelupusan Aset

4. Semak Jumlah Debit dan Kredit untuk akaun pelupusan aset,

Debit Melebihi Kredit = Rugi Atas Pelupusan

Kredit Melebihi Debit = Untung Atas Pelupusan


Contoh, Syarikat Awal SDN BHD melupuskan sebuah komputer yang dibeli pada 1 Jan 2015 pada harga kos RM 6,000.00. Aset tersebut dijual pada 1 Jan 2016, pada harga RM 2000.00 kepada orang awam. Susut nilai terkumpul adalah RM 2,000.00

Kaedah merekod

1. Debit Akaun Pelupusan Aset Komputer - RM 6,000.00

2. Kredit Akaun Aset Komputer - RM 6,000.00.

3. Debit Akaun Susut Nilai Terkumpul Komputer - RM 2,000.00.

4. Kredit Akaun Pelupusan Aset Komputer - RM 2,000.00.

5. Debit Akaun Tunai - RM 2,000.00.

6. Kredit Akaun Pelupusan Aset Komputer - RM 2,000.00

7. Debit Akaun Untung atau Rugi - RM 2,000.00

8. Kredit Akaun Pelupusan Aset Komputer - RM 2,000.00



Kaedah mudah untuk menentukan untung atau rugi ialah,

1. Tentukan Nilai Buku (Book Value) aset tersebut dengan, Harga Kos Aset tolak dengan jumlah susut nilai terkumpul.

2. Dalam contoh ini, nilai buku komputer tersebut adalah RM 4,000.00

3. Jika Harga jualan skrap aset melebihi RM 4,000 anda akan mendapat untung dari pelupusan, dan sebaliknya.


Harap dapat mencuba, Sekian.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.