Pengertian Debit Dan Kredit 2025

Debit Dan Kredit Nota Ringkas Debit & Kredit (Click Here) https://youtu.be/zjydssd-OR8 Debit & Kredit merujuk kepada keduduk...

Thursday, February 27, 2025

E-Invoice Timeline Implementation

 E-Invoice Timeline Implementation

Berita baik untuk semua perniagaan SME, tarikh untuk pelaksaan E-Invoice bagi mereka yang berpendapatan dibawah RM 500,000 dilanjutkan sehingga 1hb January 2026.

Ada lebih banyak masa untuk bersedia dan belajar.

Semoga bermanfaat.



Wednesday, May 15, 2024

SPM Tingkatan 4 - Entiti Perniagaan

  

SPM Tingkatan 4 - Entiti Perniagaan

A. Milikan Tunggal (Sole-Proprietorship)

  1. Bilangan Pemilik - Seorang
  2. Modal - Disumbangkan oleh pemilik
  3. Tanggungan Liabiliti - Tidak Terhad
  4. Agihan Untung/Rugi - Milik penuh pemilik.
  5. Undang-undang yang terlibat - Akta Pendaftaran Perniagaan.

B. Perkongsian (Partnership)

  1. Bilangan Pemilik - 
    • (2 hingga 20 orang untuk perkongsian biasa)
    • (2 hingga 50 orang untuk perkongsian profesional)
  2. Modal - Disumbangkan oleh pekongsi.
  3. Tanggungan Liabiliti - Tidak Terhad
  4. Agihan Untung/Rugi - Mengikut perjanjian perkongsian,
  5. Undang-undang yang terlibat - Akta Perkongsian 1961.

C. Syarikat Berhad (Limited Company)

  1. Bilangan Pemilik - 
    • (2 hingga 50 orang untuk Sendirian Berhad)
    • (2 hingga tiada had  untuk Awam Berhad)
  2. Modal - Melalui terbitan syer dan langganan syer.
  3. Tanggungan Liabiliti - Liabiliti Terhad
  4. Agihan Untung/Rugi - Melalui agihan dividen dan bonus syer,
  5. Undang-undang yang terlibat - Akta Syarikat 2016.

D. Koperasi (Co-operative)

  1. Bilangan Pemilik - 50 sehinggan tiada maksimum ahli.
  2. Modal - Fi masuk dan syer anggota koperasi.
  3. Tanggungan Liabiliti - Liabiliti Terhad
  4. Agihan Untung/Rugi - Melalui agihan dividen.
  5. Undang-undang yang terlibat - Akta Koperasi 1993.


Wednesday, February 21, 2024

SPM Tingkatan 4 - Andaian, Prinsip Dan Batasan Perakaunan

 

SPM Tingkatan 4 - Andaian, Prinsip
Dan Batasan Perakaunan

Andaian (Assumptions)

1. Entiti Berasingan
Pemilik dan Perniagaan adalah dua entiti yang berbeza.
Jika dalam perniagaan, terdapat transaksi peribadi,
maka ianya perlu diasingkan dan direkod dalam
akaun peribadi (contoh : akaun ambilan).

2. Usaha Berterusan (Going Concern)
Perniagaan dianggap akan terus beroperasi untuk untuk 
jangka hayat yang tidak terbatas.

3. Wang Sebagai Ukuran
Semua rekod perakaunan perlu direkod dalam matawang
negara masing-masing. Malaysia pastinya menggunakan
Ringgit Malaysia (MYR).

4. Tempoh Perakaunan
Tempoh bagi merekod satu kitaran masa perakaunan 
digunakan sebagai perbandingan prestasi perniagaan.
Contohnya satu tahun bermula daripada 1 Januari sehingga
31 Disember.

Prinsip Perakaunan (Accounting Prinsip)

1. Konsistensi / Ketekalan
Kaedah merekod yang sama digunakan. 

Contoh 1 -
kaedah mengira susut nilai garis lurus digunakan dan tidak
ditukar kepada susut nilai baki berkurangan.

Contoh 2 -
Menggunakan prinsip akruan secara berterusan tanpa
bertukar semula kepada prinsip tunai.

2. Pengiktirafan Hasil Dan Belanja
(Recognition of Revenue & Expenditure)
Hasil dan belanja dipadankan dengan tepat untuk
mengelakkan manipulasi perakaunan dan untuk
mengetahui prestasi sebenar syarikat. Elakkan daripada
merekod jualan yang belum disempurnakan.

3. Prinsip Kos.
Kos direkod pada tarikh belian.

Contoh 1-
Kos belian sebuah kereta yang direkod adalah RM 50,000.
Dan nilai tersebut tidak berubah walaupun kereta tersebut 
nilainya menurun.

Batasan Perakaunan (Accounting Limitation)

Kos penyediaan maklumat perakaunan, mestilah tidak melebihi
daripada nilai maklumat tersebut.

Contoh 1-
Kos membuat penilaian harga syarikat adalah RM 20,000.00,
akan tetapi, syarikat tersebut mempunyai jumlah jualan
RM 5,000.00.

SPM Tingkatan 4 - Pengguna Penyata Kewangan

SPM Tingkatan 4 - Pengguna Penyata Kewangan

Terdapat dua (2) kategori pengguna penyata kewangan.
  1. Pengguna Dalaman (Internal User)
  2. Pengguna Luaran (External User)
Pengguna Dalaman adalah pengguna dari pihak syarikat itu 
sendiri. Antaranya adalah

1. Pemilik Perniagaan.

    a) Mahu mengetahui prestasi syarikat.
    b) Membuat keputusan (decision making) berkaitan.

2. Pengurusan.

    a) Merancang aktiviti syarikat.
    b) Membuat kawalan dalaman (Internal Control)
    c) Menjadikan laporan penyata kewangan sebagai rujukan.

3. Pekerja

    a) Memastikan syarikat berupaya membayar gaji atau upah yang 
        dijanjikan.
    b) Mengetahui kestabilan syarikat.


Pengguna Luaran datang dari pihak yang mempunyai 
kepentingan terhadap syarikat, iaitu

1. Agensi Kerajaan 

    a) memastikan pematuhan piawaian perakaunan.
    b) memastikan laporan berkaitan dengan cukai adalah tepat.

2. Pihak Bank

    a) membuat pertimbangan untuk memberikan pinjaman 
        perniagaan.

3. Pembekal.

    a) memastikan syarikat mempunyai keupayaan untuk 
        membayar hutang dari kredit yang diberikan.

4. Pelabur

    a) mengetahui prestasi syarikat dan mempertimbangkan 
        risiko dalam pelaburan.



Tuesday, August 1, 2023

Kos Tetap & Kos Berubah

Kos Tetap Dan Kos Berubah


Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera


Pengertian Kos

Kos adalah suatu perbelanjaan untuk sesebuah

entiti yang digunakan dalam penghasilkan barang

dan perkhidmatan.


Terdapat dua (2) kategori kos

Kos Tetap (atau Belanja tetap)

a. Perbelanjaan yang tidak berubah dan tidak terkesan

dengan faktor pengeluaran.

contoh : sewa kilang, gaji tetap pekerja, susutnilai, insuran.
















Kos Berubah (Belanja berubah)

a. Perbelanjaan yang berubah-ubah atas faktor pengeluaran.

contoh : bahan mentah, upah pekerja, utiliti.

Wednesday, May 31, 2023

Cara Merekod Terlebih Membayar Belanja

 

Cara Merekod Terlebih Membayar Belanja


Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera

Pernah terlebih membayar sesuatu perbelanjaan,

contohnya, sewa, utiliti ataupun gaji?

Jika Ya!, maka anda perlu membuat pelarasan

untuk membetulkan catatan rekod anda.



Contoh 1 : 

Pada 31 January 2023, Azaman Enterprise 

menerima bil elektrik berjumlah RM 100.00.

Bayaran tunai dibuat sebanyak RM 150.00.



Cadangan merekod :

Debit : Akaun Elektrik - RM 100.00

Debit : Akaun Prabayar Elektrik - RM 50.00

Kredit : Akaun Tunai - RM 150.00



Sekian, terima kasih



Saturday, February 18, 2023

Thursday, January 19, 2023

Sample Document - Payment Voucher (Baucer Bayaran)

 

Sample Document - Payment Voucher 

(Baucer Bayaran)


Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera

Hi, we are sharing a sample of payment voucher

which you can download using the link below :


Sample Form - Payment Voucher.xlsx


You can also make any changes to the form.

Just remember to put in your company logo

if you have any and put in the business

address.





Hope it helps.

Thank you.

Wednesday, January 18, 2023

Bagaimana Merekod Imbuhan, Gaji Atau Upah Untuk Pengarah Syarikat

 

Bagaimana Merekod Imbuhan, Gaji Atau Upah 

Untuk Pengarah Syarikat


Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera


Pada hari ini, ingin saya mengajak saudara bagaimana

untuk bersedia dalam merekod perbelanjaan pengarah.

Pada kebiasaanya, kita akan menyediakan beberapa

akaun-akaun belanja yang berkaitan seperti dibawah:





Director's Remuneration

Kita gunakan sebagai sebagai "header" (kepala)

untuk mengumpulkan semua sub-akaun kecil

dibawahnya.


Director's Allowance

Masukkan JUMLAH elaun/gaji/upah yang akan

dibayar kepada pengarah.


Director's EPF / Socso / EIS

Masukkan JUMLAH bayaran diatas untuk

caruman bahagian MAJIKAN SAHAJA.


Director's Benefit In Kind

Masukkan imbuhan yang bukan-tunai 

(non-cash benefit) yang diterima secara

tidak langsung oleh pengarah. Contohnya

kereta, sewa rumah, dan percutian.


Director's Claim

Ini adalah optional, dimana saya akan

membezakan antara claim pengarh dan staff.

Pecahan akaun ini membantu untuk kita

membuat semakan dilain masa.


Maklumat-maklumat diatas mungkin

sensitif dan sulit, dan hanya boleh diakses oleh

staff yang dibenarkan sahaja. Jika demikian,

maka anda tidak perlu risau kerana catatan

tersebut mungkin direkod oleh staff yang

lebih senior.


Kita akan sambung dibahagian dua (2)

bagaimana untuk membuat catatan jurnal rekod

imbuhan pengarah.


Sekian, terima kasih.



Sunday, January 1, 2023

ASNB 2023 - Masihkah Berbaloi?

 

ASNB 2023 - Masihkah Berbaloi?

Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera

Dividen ASB untuk 2022 telah pun diumumkan

"Bagi tahun kewangan 2022, kadar dividen ASB 
adalah sebanyak 3.35 sen dan bonus 1.25 sen, 
berjumlah 4.60 sen seunit selain terdapat bonus 
tambahan sebanyak 0.50 sen seunit untuk 30,000 
unit pertama yang dipegang oleh setiap 
pemegang unit"

Adakah ia masih lagi memberikan anda
pulangan yang anda mahukan?

Langkah Pertama :

Jadi, jika anda membuat pinjaman RM 30,000 
untuk ASB, anda akan menerima RM 1,530.00

Secara Purata, dividen bulanan anda ialah
RM 1,530.00 bahagi 12 bulan = RM 127.50.

Langkah Kedua :

Semak jadual pinjaman ASB (contoh dari MBB)


Langkah Ketiga :

Cuba cari bayaran bulanan paling hampir
dengan bayaran ansuran pinjaman.


Buatlah keputusan dengan bijak.

Sekian, terima kasih.


Disclaimer : Ini hanyalah untuk kiraan semata-mata,
risiko adalah dibawah tanggungjawab anda sendiri.









Thursday, December 1, 2022

Konsep Perakaunan No. 1 - Berhemah (Prudence Concept)

 

Konsep Perakaunan No. 1 - Berhemah (Prudence Concept)

https://youtu.be/UI3k0wk6FxM



Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera

Konsep yang kita nak bincangkan ialah konsep

berhemah, atau juga dikenali sebagai konsep

bersederhana.


Konsep Berhemah ini asasnya mencadangkan

agar kita sentiasa berhati-hati dalam penyediaan

penyata kewangan.


Apa yang kita mahu elakkan ialah daripada terlebih

merekod nilai aset-aset dan pendapatan, manakala

terkurang apabila merekod liabiliti dan belanja.


Contoh-contoh

1. Tidak menggunakan peruntukkan belanja yang

dibenarkan seperti peruntukkan susut nilai dan hutang

ragu.


2. Merekod penerimaan kontrak bukan dalam tempoh

perakaunan.


3. Tidak merekod belanja yang perlu dilunaskan.


4. Tidak merekod bagi cukai-cukai yang kurang 

lapor.


Kesan daripadanya, untung akan kelihatan lebih.

Konsep berhemah membantu memberikan

keseimbangan dalam laporan penyata kewangan

yang lebih realistik.


Sekian, terima kasih.


Tuesday, November 1, 2022

Merekod Gaji Pendahuluan (Advance Salary)

 Merekod Gaji Pendahuluan (Advance Salary)

Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera

Mari kita belajar bagaimana untuk merekod

pinjaman gaji oleh pekerja. Pada kebiasaannya 

disebut sebagai "gaji advance".


Untuk merekod gaji pendahuluan ini, kita memerlukan

akaun-akaun berikut :

1. Akaun Tunai/Bank.

2. Akaun Gaji Pendahuluan


Contoh :

Pada 10 Januari 2022, Anwar menerima gaji pendahuluan 

sebanyak RM 3,000.00.


Catatan Beregu:

Debit - Akaun Gaji Terdahulu             RM 3,000.00

        Kredit - Akaun Tunai/Bank               RM 3,000.00








Untuk merekod penolakan gaji, kita memerlukan

akaun-akaun berikut :

1. Akaun Gaji Pendahuluan

2. Akaun Gaji Terakru


Catatan Beregu:

Debit - Akaun Gaji Terakru            RM 500.00

        Kredit - Akaun Gaji Terdahulu               RM 500.00







Selamat Mencuba. 😀

Sunday, September 11, 2022

The Definition of Debit and Credit

 Debit And Credit Definition

Assalamualaikum & Good Day


Let's look at the definition of debit and credit from an accounting perspective.


Debit is an accounting transaction on the debit side of accounts, which generally causes the following,

  1. Increase in value of an assets
  2. Reduce the value of a liabilities
  3. Increase in expenses.
  4. Decrease in income.
  5. Decrease in capital.


Credit, in contrast, is an accounting transaction on the credit side of accounts, which generally will cause,

  1. Increase in value of liabilities.
  2. Reduce the value of an asset.
  3. Increase in income.
  4. Decrease in expenses.
  5. Increase in capital.












Remember the following rules in an accounting entry. 


Number 1, debit and credit will happen simultaneously in every accounting transaction.


Number 2, the total of debits and credits must be the same.


Below is a sample of a journal entry;




Hopefully, this simple explanation helps.

Thanks.!!✌💗 All the best.







Friday, September 9, 2022

Jadual Caruman Perkeso Dan SIP (Skim Insurans Pekerja) ****BERMULA 1 SEPTEMBER 2022****

 Jadual Caruman Perkeso Dan SIP (Skim Insurans Pekerja)


Makluman Kemas Kini Amaun Caruman 

bagi Akta 4 dan Akta 800 Selaras Dengan 

Peningkatan Had Siling Gaji

Bermula 1 September 2022, PERKESO akan menguat 

kuasakan had siling gaji baharu bagi maksud caruman 

daripada RM4,000 kepada RM5,000 sebulan. Amaun 

caruman yang terpakai bagi pekerja yang bergaji 

melebihi RM4,000 sebulan adalah seperti mana yang 

dinyatakan dalam Jadual Ketiga, Akta 4 dan 

Jadual Kedua, Akta 800. Bagi pekerja yang bergaji 

melebihi RM5,000 sebulan, amaun caruman adalah 

mengikut had siling RM5,000. 


Oleh itu, bayaran caruman bagi bulan September 2022 

dan seterusnya hendaklah dibuat oleh majikan mengikut 

pindaan had siling gaji baharu.



Jadual Caruman Pekerja


https://www.perkeso.gov.my/images/dokumen/Kadar_Caruman_AKTA_4.pdf



Jadual Caruman Untuk SIP


https://www.perkeso.gov.my/images/dokumen/Kadar_Caruman_AKTA_800.pdf


Sumber : PERKESO


Wednesday, September 7, 2022

Cara Merekod Cukai Pegangan (Witholding Tax)

 Cara Merekod Cukai Pegangan (Witholding Tax)

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera Semua


Saya ingin berkongsi keadah merekod cukai pegangan

atau witholding tax di Malaysia.


Pengertian Cukai Pegangan

"Akta Cukai Pendapatan, 1967 memperuntukkan bahawa 

apabila seseorang (merujuk sebagai "pembayar") layak 

membuat bayaran berjenis seperti disenaraikan 

di bawah ini (kecuali bayaran kepada seniman kembara 

tidak bermastautin) kepada seorang tidak bermastautin 

(penerima Tidak Bermastautin), beliau hendaklah memotong 

cukai pegangan dengan kadar tertentu daripada bayaran 

itu dan (sama ada atau tiada cukai dipotong ) membayar 

cukai itu kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri dalam 

tempoh satu bulan selepas bayaran itu dibayar atau dikreditkan 

kepada penerima Tidak Bermastautin."


Jadual Kadar Cukai Pegangan (Sumber LHDN)





Bagaimana untuk merekod Cukai Pegangan

Contoh :

Jumlah jualan yang berjumlah RM 200,000.00 perlu

dibayar royalti kepada sebuah pemilik francais diluar negara.


a) Kadar royalti ialah 5% daripada nilai jualan yang dibuat.

Jumlah royalti yang perlu dibayar ialah RM 10,000.00


b) Manakala Cukai Pegangan pada royalti yang akan dibayar

ialah 10% (RM 10,000.00 x 10% = RM 1,000.00)


c) Catatan Jurnal yang dicadangkan ialah;

Debit - Akaun Royalti - RM 10,000.00 (jumlah royalti yang dibayar)

Kredit - Akaun Akruan Royalti - RM 9,000.00 (dibayar pada pemengang hak milik)

Kredit - Akaun Akruan Cukai Pegangan - RM 1,000.00 (dibayar pada LHDN)


Harap dapat membantu.

Sekian, terima kasih.

Semoga Berjaya!!



Thursday, July 28, 2022

Jadual Caruman KWSP/EPF Mulai 1 Julai 2022 ***terkini***

 

Jadual Caruman KWSP/EPF Mulai 1 Julai 2022 ***terkini***

Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera

Perhatian pada majikan dan pekerja, KWSP telah mengeluarkan 

jadual caruman terbaru untuk gaji dan upah mula bulan Julai 2022.


Untuk muat turun, tekan di link bawah :

https://www.kwsp.gov.my/documents/20126/140690/Jadual+Ketiga+BM.pdf


Sumber :

Laman KWSP

Sunday, April 10, 2022

Beza Tunai Di Tangan Dan Petty Cash

 Assalamualaikum WBT Dan Selamat Sejahtera


Kali ini mari kita lihat apakah perbezaan dan 

persamaan antara dua akaun tersebut.


Persamaannya; 

1. keduannya digunakan untuk merekod penerimaan 

dan pembayaran secara tunai.

2. keduanya berada dibawah klasifikasi (Tunai) 

dibawah Aset Semasa.

3. setiap entiti boleh menyediakan lebih dari satu 

akaun tunai dan akaun petty cash.


Perbezaan;

Akaun petty cash

1. membuat transaksi bagi pembayaran yang kecil 

dengan segera.

2. akaun petty cash akan ditambahkan nilai semula 

apabila mencecah baki minimum.


Akaun tunai

1. merekod penerimaan dan pembayaran tunai 

secara umum.

2. apabila telah sampai baki yang ditetapkan, tunai 

ditangan sebaiknya dimasukkan kedalam bank atas faktor keselamatan.

Tuesday, February 1, 2022

Glosari Perakaunan (English - Malay)

Glosari Perakaunan (English - Malay)

Account - Akaun

Asset - Aset

Amortisation - Pelunasan

Asset Disposal - Pelupusan Aset

Asset Revaluation - Penilaian Semula Aset

Accumulated Provision for Depreciation - Peruntukkan Susut Nilai Terkumpul

Accumulated Provision for Doubtful Debt - Peruntukkan Hutang Ragu Terkumpul

Amount Owing to Director - Hutang Darioada Pengarah

Amount Owing by Director - Hutang Oleh Pengarah


Bank Reconciliation - Pelarasan Bank


Cash In Hand - Tunai Di Tangan

Cash At Bank - Tunai Di Bank

Cash Equivalent - Tunai Setara

Current Asset - Aset Semasa


Fixed Asset - Aset Tetap

Non Current Asset - Aset Bukan Semasa

Stock - Stok

Depreciation - Susut Nilai

Provision for Depreciation - Peruntukkan Susut Nilai


Taxation - Percukaian

Bad Debt - Hutang Lapuk

Doubtful Debt - Hutang Ragu

Provision for Doubtful Debt - Peruntukkan Hutang Ragu

Fair Value - Nilai Saksama

Current Liabilities - Liabiliti Semasa

Non Current Liabilities - Liabiliti tidak semasa.

Bank Borrowing - Pinjaman Bank

Overdraft - Overdraf

Hire Purchase - Sewa Beli

Hire Purchase Installment - Ansuran Sewa Beli

Hire Purchase Interest - Faedah Atas Sewa Beli

Hire Purchase Interest In Suspense - Faedah Atas Sewa Beli Tergantung

Rental - Sewaan

Book Value - Nilai Buku

Net Book Value - Nilai Buku Bersih

Nominal Value - Nilai Nominal

Scrap Value - Nilai Skrap

Carrying Value/Amount - Nilai Dibawa/Bawaan

Gross Margin - Margin Kasar

Net Margin - Margin Bersih

Gross Profit - Untung Kasar

Net Profit - Untung Bersih

Salary - Gaji

Wages - Upah

Statutory Contribution - Caruman Wajib

Allowance - Elaun

Guarantor - Penjamin


Shareholder - Pemegang Saham

Capital - Modal

Shares - Saham

Retained Earnings - Perolehan Tertahan

Retained Profit - Untung Tertahan









Monday, January 10, 2022

KWSP Jadual Caruman Bagi 1 Januari 2022 sehingga 30 Jun 2022

 KWSP Jadual Caruman Bagi 1 Januari 2022 sehingga 30 Jun 2022


Assalamualaikum WBT

Kepada semua akauntan sekalian, sila rujuk jadual

dibawah untuk jadual caruman terbaru 2022.

Jadual ini akan berkuatkuasa untuk caruman bulan

Februari 2022 sehingga Julai 2022.

Harap maklum.

Sekian Terima Kasih.

Sumber : Laman Web KWSP

https://www.kwsp.gov.my/documents/20126/927132/BM-Jadual+Ketiga+.pdf

Akaun Kawalan Penghutang (Debtors Control Accounts)

 Akaun Kawalan Penghutang 

(Debtors Control Accounts)

Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera

Kali ini saya ingin membincangkan tentang

akaun kawalan penghutang.



Apakah itu Akaun Kawalan Penghutang

Akaun kawalan penghutang digunakan

untuk menjumlahkan kesemua baki akaun

penghutang perniagaan didalam satu akaun

sahaja.


Ini akan membantu menjimatkan masa

akauntan kerana tidak perlu menyenaraikan

semua akaun penghutang satu persatu kerana

ia akan mengambil masa.
















Akaun Kawalan selalunya telah tersedia

didalam sistem perakaunan berkomputer.

Anda tidak perlu membuatnya.


Akan tetapi jika anda tidak menggunakan sistem

berkomputer, maka anda akan terpaksa membuat

akaun kawalan penghutang secara manual.

Sekian, Terima Kasih