Pengertian Debit Dan Kredit

Debit Dan Kredit Nota Ringkas Debit & Kredit (Click Here) https://youtu.be/zjydssd-OR8 Debit & Kredit merujuk kepada keduduk...

Sunday, October 29, 2017

Penghutang Perniagaan (Trade Debtors)


Penghutang Perniagaan (Trade Debtors)

Penghutang perniagaan adalah yang terhasil daripada jualan kredit oleh sesebuah syarikat. Penghutang biasanya akan diberikan tempoh untuk menjelaskan hutangnya, kadangkala sehingga beberapa bulan lamanya jika penghutang tersebut adalah pelanggan setia kepada syarikat.


1. Catatan Jurnal (Journal Entry) untuk merekodkan penghutang perniagaan apabila jualan dibuat adalah berikut:

Dt. Penghutang Perniagaan          RM 10,000.00
    Kt. Jualan                                                          RM 10,000.00
(Jualan kredit kepada pelanggan - Syarikat ABC)

Akaun penghutang yang didebit adalah akaun penghutang didalam kunci kira-kira (balance sheet) dan Akaun jualan yang dikredit adalah akaun jualan didalam Untung Rugi (Profit & Loss).


2. Catatan Jurnal (Journal Entry) untuk merekodkan pembayaran oleh penghutang perniagaan untuk melunaskan hutang dibuat adalah berikut:

Dt. Tunai/Bank                             RM 10,000.00
    Kt. Penghutang Perniagaan                               RM 10,000.00
(Bayaran penjelasan penghutang perniagaan - Syarikat ABC)

Akaun penghutang yang dikredit adalah akaun penghutang didalam kunci kira-kira (balance sheet) dan akaun yang didebit adalah akaun tunai atau bank didalam kunci kira-kira (balance sheet).


Bagi memastikan rekod akaun penghutang disemak dengan baik, sistem perakaunan perlulah digunakan. Ini kerana, dengan menggunakan sistem perakaunan, kita dapat menyediakan laporan-laporan yang berkaitan dengan penghutang seperti :

1. Ageing report - untuk mengenalpasti tempoh tertunggak sesuatu invoice sama ada dalam hari atau bulan.
2. Statement of account - untuk mengenalpasti jumlah invoice yang belum dibayar dan juga invoice manakah yang belum dijelaskan.

Dua laporan ini sememangnya amatlah berguna dan perlu diberi perhatian bagi mengelakkan penghutang perniagaan kita menjadi hutang lapuk akibat ketidakmampuan penghutang untuk melunaskan hutang.



Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengelak hutang menjadi terlalu besar ialah dengan mengenakan "credit limit" atau "credit terms".

1. Credit limit - jumlah jualan berhutang tidak boleh melebihi jumlah kredit limit. Contohnya Syarikat ABC tidak boleh diberi hutang melebihi RM 15,000.00

2. Credit terms - Tempoh hari yang diberikan oleh penghutang perniagaan untuk melunaskan hutang, jika gagal, mereka tidak boleh membeli barang atau perkhidmatan dari syarikat.

Secara amnya, penghutang perniagaan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan sesebuah syarikat kerana fungsinya untuk membantu meningkatkan jualan walaupun dalam bentuk kredit, namun begitu, ia haruslah diberi perhatian yang serius untuk memastikan syarikat kecairan atau cashflow syarikat dalam keadaan yang terkawal.

Sekian, terima kasih.





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.