Imbangan Duga - Trial Balance
Assalamualaikum WBT & Selamat Sejahtera
Mari kita bincangkan sedikit tentang imbangan duga.
Imbangan duga adalah salah satu laporan kewangan yang digunakan dalam menyemak ketepatan rekod perakaunan.
Pada masa-masa rekod kewangan disediakan secara manual, atau dengan menggunakan spreadsheet seperti MS EXCEL, imbangan duga memang kerap digunakan untuk menyemak persamaan jumlah debit dan kredit.
Namun begitu, dengan penggunaan sistem perakaunan yang lebih canggih, kebanyakkan akauntan lebih berpandukan kepada Kunci Kira-kira (Balance Sheet) dan Penyata Untung atau Rugi (Profit or Loss Statement).
Boleh dikatakan bahawa, imbangan duga adalah hampir sama dengan Kunci kira-kira + Penyata Untung atau Rugi.
Imbangan duga dihasilkan dengan mengambil baki akaun untuk semua akaun yang disediakan. Baki-baki ini disusun mengikut kedudukan debit dan kredit masing-masing.
Oleh itu, sekiranya sesuatu akaun tidak berbaki seperti yang sepatutnya, seperti
Akaun belanja berbaki kredit
Akaun tunai berbaki kredit
Peruntukkan susut nilai aset berbaki debit, dan lain-lain lagi.
Kita akan dapat indikasi bahawa terdapat kesilapan didalam kaedah merekod transaksi akaun tersebut.
Oleh yang demikian, kefahaman tentang konsep dan kedudukan akaun amatlah diperlukan dalam memastikan rekod yang dibuat adalah betul dan tepat.
Namun, imbangan sahaja tidak memadai, kerana kita faham bahawa, tidak semestinya akaun yang seimbang adalah tepat.
Oleh yang demikian, jumlah baki setiap akaun perlulah disemak sebaiknya sebelum akaun syarikat dilaporkan untuk mengelak kesalahan yang merugikan.
Dibawah adalah contoh imbangan duga dalam bentuk T dan penyata.
Ilustrasi hanyalah sebagai contoh.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.