Kos-kos Perniagaan Online
Assalamualaikum WBT & Selamat Sejahtera
Kos-kos perniagaan yang perlu anda tahu adalah seperti berikut :
1. Pendaftaran perniagaan.
Pendaftaran perniagaan adalah wajib. Pilihan yang paling mudah
adalah mendaftar jenis perniagaan 'milikan tunggal' atau 'enterprise'.
Anda boleh pilih sama ada untuk menggunakan nama sendiri, atau nama perniagaan sendiri.
Kos tahunan SSM :
Nama Sendiri / Nama Dalam KP : RM 30.00
Nama Perniagaan : RM 60.00
Tambahan setiap cawangan (jika ada) : RM 5.00 setiap cawangan
Rujukan :
https://www.ssm.com.my/Pages/Register_Business_Company_LLP/Business/Starting_Sole_Partnership.aspx
2. Komunikasi
Kos telefon dan internet adalah wajib dalam perniagaan online.
Pastikan anda mempunyai pelan talian internet yang mencukupi
bagi mengelakkan sebarang gangguan dalam berhubungan dengan pelanggan.
Pastikan juga talian anda mempunyai capaian ditempat-tempat terpencil jika anda
berada dikawasan luar bandar.
Untuk menjimatkan kos, mungkin diwaktu peringkat permulaan perniagaan, anda
mungkin boleh bermula dengan talian prabayar, dan beransur-ansur ubah ke talian pascabayar.
3. Kos Penghantaran
Kos penghantaran adalah sebahagian daripada margin anda. Anda perlu membuat pilihan penghantaran
yang sesuai dengan produk anda. Pada kebiasaannya, kos penghantaran akan dibayar oleh pelanggan.
Jika anda memilih untuk menghantar sendiri pesanan, ada baiknya jika anda menyediakan terlebih
dahulu harga kos penghantaran mengikut kawasan.
4. Kos Perkakasan
Kos peralatan seperti komputer, telefon pintar, alat tulis dan juga kos pembungkusan. Pastikan anda berbelanja mengikut kemampuan dan jangan terlalu gopoh memilih peralatan yang sesuai.
5. Kos Professional
Pada setiap transaksi, pastikan anda membuat simpanan rekod dengan baik. Perniagaan anda perlulah
membuat simpan kira rekod perakaunan untuk tujuan percukaian. Oleh itu, ada baiknya anda membuat
sedikit simpanan untuk membayar kos professional seperti perakaunan, dan percukaian.
Ini akan dapat mengelakkan masalah besar setiap kali apabila anda perlu membuat laporan cukai
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Semoga maklumat ini bermanfaat untuk anda.
Selamat Berjaya!!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.