Pengertian Debit Dan Kredit 2025

Debit Dan Kredit Nota Ringkas Debit & Kredit (Click Here) https://youtu.be/zjydssd-OR8 Debit & Kredit merujuk kepada keduduk...

Saturday, October 3, 2020

Kos-kos Perniagaan Online

 Kos-kos Perniagaan Online

Assalamualaikum WBT & Selamat Sejahtera

Kos-kos perniagaan yang perlu anda tahu adalah seperti berikut :


1. Pendaftaran perniagaan.

Pendaftaran perniagaan adalah wajib. Pilihan yang paling mudah

adalah mendaftar jenis perniagaan 'milikan tunggal' atau 'enterprise'.

Anda boleh pilih sama ada untuk menggunakan nama sendiri, atau nama perniagaan sendiri.

Kos tahunan SSM :

Nama Sendiri / Nama Dalam KP : RM 30.00

Nama Perniagaan : RM 60.00

Tambahan setiap cawangan (jika ada) : RM 5.00 setiap cawangan


Rujukan :

https://www.ssm.com.my/Pages/Register_Business_Company_LLP/Business/Starting_Sole_Partnership.aspx


2. Komunikasi

Kos telefon dan internet adalah wajib dalam perniagaan online.

Pastikan anda mempunyai pelan talian internet yang mencukupi

bagi mengelakkan sebarang gangguan dalam berhubungan dengan pelanggan.

Pastikan juga talian anda mempunyai capaian ditempat-tempat terpencil jika anda

berada dikawasan luar bandar.

Untuk menjimatkan kos, mungkin diwaktu peringkat permulaan perniagaan, anda 

mungkin boleh bermula dengan talian prabayar, dan beransur-ansur ubah ke talian pascabayar.



3. Kos Penghantaran

Kos penghantaran adalah sebahagian daripada margin anda. Anda perlu membuat pilihan penghantaran 

yang sesuai dengan produk anda. Pada kebiasaannya, kos penghantaran akan dibayar oleh pelanggan.

Jika anda memilih untuk menghantar sendiri pesanan, ada baiknya jika anda menyediakan terlebih

dahulu harga kos penghantaran mengikut kawasan.



4. Kos Perkakasan

Kos peralatan seperti komputer, telefon pintar, alat tulis dan juga kos pembungkusan. Pastikan anda berbelanja mengikut kemampuan dan jangan terlalu gopoh memilih peralatan yang sesuai.



5. Kos Professional

Pada setiap transaksi, pastikan anda membuat simpanan rekod dengan baik. Perniagaan anda perlulah

membuat simpan kira rekod perakaunan untuk tujuan percukaian. Oleh itu, ada baiknya anda membuat 

sedikit simpanan untuk membayar kos professional seperti perakaunan, dan percukaian.

Ini akan dapat mengelakkan masalah besar setiap kali apabila anda perlu membuat laporan cukai

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).


Semoga maklumat ini bermanfaat untuk anda.

Selamat Berjaya!!


Thursday, October 1, 2020

Imbangan Duga - Trial Balance

 Imbangan Duga - Trial Balance

Assalamualaikum WBT & Selamat Sejahtera

Mari kita bincangkan sedikit tentang imbangan duga.

Imbangan duga adalah salah satu laporan kewangan yang digunakan dalam menyemak ketepatan rekod perakaunan.

Pada masa-masa rekod kewangan disediakan secara manual, atau dengan menggunakan spreadsheet seperti MS EXCEL, imbangan duga memang kerap digunakan untuk menyemak persamaan jumlah debit dan kredit.

Namun begitu, dengan penggunaan sistem perakaunan yang lebih canggih, kebanyakkan akauntan lebih berpandukan kepada Kunci Kira-kira (Balance Sheet) dan Penyata Untung atau Rugi (Profit or Loss Statement).

Boleh dikatakan bahawa, imbangan duga adalah hampir sama dengan Kunci kira-kira + Penyata Untung atau Rugi.

Imbangan duga dihasilkan dengan mengambil baki akaun untuk semua akaun yang disediakan. Baki-baki ini disusun mengikut kedudukan debit dan kredit masing-masing.

Oleh itu, sekiranya sesuatu akaun tidak berbaki seperti yang sepatutnya, seperti
Akaun belanja berbaki kredit
Akaun tunai berbaki kredit
Peruntukkan susut nilai aset berbaki debit, dan lain-lain lagi.
Kita akan dapat indikasi bahawa terdapat kesilapan didalam kaedah merekod transaksi akaun tersebut.

Oleh yang demikian, kefahaman tentang konsep dan kedudukan akaun amatlah diperlukan dalam memastikan rekod yang dibuat adalah betul dan tepat.

Namun, imbangan sahaja tidak memadai, kerana kita faham bahawa, tidak semestinya akaun yang seimbang adalah tepat.

Oleh yang demikian, jumlah baki setiap akaun perlulah disemak sebaiknya sebelum akaun syarikat dilaporkan untuk mengelak kesalahan yang merugikan.

Dibawah adalah contoh imbangan duga dalam bentuk T dan penyata.


Ilustrasi hanyalah sebagai contoh.




Thursday, September 24, 2020

Wednesday, September 23, 2020

Merekod Pelaburan Emas Dalam Akaun

 Merekod Pelaburan Emas Dalam Akaun

Assalamualaikum WBT & Selamat Sejahtera untuk semua.

Kali ini, saya mengajak anda bagaimana untuk merekod keuntungan dan kerugian apabila kita membuat pelaburan dalam EMAS.

Saya pasti anda sedia maklum bahawa emas adalah salah satu objek, komoditi, atau barang yang mempunyai sifat kenaikan nilai (appreciation) berkadar dengan tempoh masa.

Apabila anda membeli emas untuk pelaburan, maka anda akan menyimpan emas tersebut kemungkinan untuk jangka masa panjang bagi memaksimakan pelaburan anda.

Sudah tentu, emas yang dibeli, perlu direkod, dan peningkatan atau penurunan harga emas juga harus direkod, walaupun anda belum lagi membuat keputusan untuk menjualnya.

Oleh yang demikian, apabila anda membuat pembelian emas, anda perlulah merekodnya kedalam aset bukan semasa anda (non-current asset). Sebaiknya digalakkan untuk membuat akaun khusus bagi emas yang dibeli, contohnya Akaun - Pelaburan Emas. Ini akan memudahkan kita apabila mencari rekod-rekod bagi pembelian dan perubahan nilai emas tersebut.

Mari mulakan merekod, 

Contoh

Syarikat Awal Pagi Sdn Bhd membuat pelaburan dalam emas pada 1/1/2020. Harga belian emas ialah RM 5,000 untuk 50 gram emas.

Jadi cadangan rekod jurnal adalah seperti berikut,

Debit - Akaun Pelaburan Emas - RM 5,000.00

Kredit - Akaun Bank - RM 5,000.00


Pada awal tahun 2021, nilai semasa emas 50 gram telah meningkat kepada RM 5,500.00. Oleh itu, kita perlu merekod kenaikan harga emas tersebut kedalam akaun untung rugi dan akaun pelaburan emas.

Cadangan rekod jurnal adalah seperti berikut,

Debit - Akaun Pelaburan Emas - RM 500.00

Kredit - Untung atau Rugi - RM 500.00

Ini akan menaikkan nilai dalam akaun pelaburan emas.

Jika harga emas menyusut, kita akan membuat catatan secara berlawanan dengan catatan diatas.

Selamat Mencuba

Sekian.


Wednesday, September 9, 2020

Kira Gaji Pekerja Dengan Mudah Bhgn 2 - Gaji Penuh

 Kira Gaji Pekerja Dengan Mudah Bhgn 2 - Gaji Penuh

Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera

Kali ini kita akan belajar kaedah mengira gaji penuh sebulan dengan mudah.

Untuk itu kita perlukan beberapa maklumat seperti berikut :

1. Gaji pokok dan elaun sebulan.
2. Tempoh hari bekerja sebulan.
3. Jumlah hari bekerja sebulan.
4. Tarikh "cut-off" untuk sebulan.

Dengan menggunakan maklumat yang diberikan, kirakan jumlah gaji pekerja

a) Ali

  • Gaji pokok RM 3,000.00
  • Elaun RM 500.00
  • Jumlah hari bekerja Ali adalah 24 hari
  • Cut-off gaji - 22 haribulan setiap bulan.
  • Kirakan gaji penuh Ali
Oleh yang demikian, sekiranya tiada apa-apa tolakan cuti tanpa gaji dan lain-lain, kiraan gaji adalah seperti berikut;


Thursday, August 27, 2020

Konsep Padanan Dalam Perakaunan (Matching Concept In Accounting)

 

Konsep Padanan Dalam Perakaunan (Matching Concept In Accounting)

Assalamualaikum WBT & Selamat Sejahtera

Pada topik kali ini, kita bincangkan sedikit berkenaan dengan konsep padanan (matching concept).

Contoh paling mudah untuk menerangkan konsep padanan ialah seperti berikut,

Syarikat Awal SB membeli stok 100 unit kasut berharga RM 10.00. 
Jumlah yang terjual adalah 30 unit pada harga RM 20.00.

Oleh yang demikian, laporan kewangan dalam Akaun Untung Rugi (yang tidak menggunakan konsep padanan) akan menunjukkan

Jualan - RM 600.00 - RM 30.00 x 20 unit

Tolak Belian - (RM 1,000.00) - RM 10.00 x 100 unit. jumlah yang dibeli

Rugi Kasar - (RM 400.00)


Dengan memgunakan konsep padanan, Akaun Untung Rugi seharusnya menunjukkan seperti berikut;

Jualan - RM 600.00 - RM 30.00 x 20 unit

Tolak Belian - (RM 1,000.00) - RM 10.00 x 100 unit

Tambah Stok Akhir - RM 700.00 - RM 10.00 x 70 unit, unit yang tidak terjual.

Untung Kasar - RM 300.00


Laporan kewangan yang menggunakan konsep padanan adalah lebih tepat dan menunjukkan situasi sebenar syarikat.

Ini dapat mengelakkan daripada berlakunya terlebih atau terkurang dalam mencatatkan untung rugi.

Konsep padanan juga patut digunakan untuk pendapatan atau hasil yang diterima untuk kontrak yang bertempoh.

Contoh, Syarikat Awal ABC SB menerima kontrak membekalkan peralatan pejabat berjumlah RM 500,000 untuk 5 tahun.

Oleh yang demikian, kita tidak boleh merekod terus RM 500,000.00 dalam tahun pertama semata-mata.

Kita perlu merujuk pada isi kontrak, dan kebiasaannya, kita hanya boleh merekod jumlah amaun yang telah dibekalkan sahaja.

Mana-mana baki amaun yang belum dibekalkan, tidak seharusnya direkod terus kerana pembekalan belum berlaku. Ia sesuai dengan tafsiran hasil, iaitu jualan perkhidmatan atau barangan yang telah diberikan atau disempurnakan.

Harap anda dapat kefahaman sedikit sebanyak dalam tajuk ini, sekian.


Merekod Pelepusan Aset Dalam Perakaunan

 Merekod Pelepusan Aset Dalam Perakaunan

Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera

Topik yang kita akan bincangkan ialah kaedah merekod pelupusan aset didalam akaun syarikat.

Pelupusan yang dimaksudkan ialah mengeluarkan aset yang dibeli sebelum ini, keluar daripada rekod akaun syarikat secara kekal.

Ini bermaksud sama ada, aset tersebut 

1. di jual pada apa-apa harga sekalipun

2. di buang

3. di musnahkan

4. atau dipindahkan ke entiti yang lain, 


kaedah pelupusan aset ini perlu digunakan.

Oleh yang demikian, nilai aset didalam register fixed asset akan menjadi sifar.

Catatan bergu yang dicadangkan adalah seperti berikut :


1. Pindahkan Nilai Kos Aset daripada Akaun Aset

DEBIT - Akaun Pelupusan Aset

KREDIT - Akaun Aset

2. Pindahkan Susut nilai terkumpul untuk aset tersebut

DEBIT - Peruntukkan Susut Nilai Terkumpul

KREDIT - Akaun Pelupusan Aset

3. Masukkan jumlah nilai harga jualan atau skrap aset tersebut

DEBIT - Tunai / Bank / Penghutang

KREDIT - Akaun Pelupusan Aset

4. Semak Jumlah Debit dan Kredit untuk akaun pelupusan aset,

Debit Melebihi Kredit = Rugi Atas Pelupusan

Kredit Melebihi Debit = Untung Atas Pelupusan


Contoh, Syarikat Awal SDN BHD melupuskan sebuah komputer yang dibeli pada 1 Jan 2015 pada harga kos RM 6,000.00. Aset tersebut dijual pada 1 Jan 2016, pada harga RM 2000.00 kepada orang awam. Susut nilai terkumpul adalah RM 2,000.00

Kaedah merekod

1. Debit Akaun Pelupusan Aset Komputer - RM 6,000.00

2. Kredit Akaun Aset Komputer - RM 6,000.00.

3. Debit Akaun Susut Nilai Terkumpul Komputer - RM 2,000.00.

4. Kredit Akaun Pelupusan Aset Komputer - RM 2,000.00.

5. Debit Akaun Tunai - RM 2,000.00.

6. Kredit Akaun Pelupusan Aset Komputer - RM 2,000.00

7. Debit Akaun Untung atau Rugi - RM 2,000.00

8. Kredit Akaun Pelupusan Aset Komputer - RM 2,000.00



Kaedah mudah untuk menentukan untung atau rugi ialah,

1. Tentukan Nilai Buku (Book Value) aset tersebut dengan, Harga Kos Aset tolak dengan jumlah susut nilai terkumpul.

2. Dalam contoh ini, nilai buku komputer tersebut adalah RM 4,000.00

3. Jika Harga jualan skrap aset melebihi RM 4,000 anda akan mendapat untung dari pelupusan, dan sebaliknya.


Harap dapat mencuba, Sekian.